AM
Kami menghormati privasi anda dan komited untuk melindungi data peribadi anda. Notis Perlindungan Data Peribadi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, memproses, menzahirkan dan menyimpan data peribadi anda (yang termasuk maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda dan mengenal pasti anda sebagai seorang individu) (“Data Peribadi”) dalam keadaan di mana Data Peribadi anda mungkin dikumpul semasa anda mengakses dan menggunakan laman web kami atau semasa transaksi dan urusan anda dengan IOI Group, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta 2010”) dan sebarang pindaan statutori atau enakmen yang dibuat semula dari semasa ke semasa dan apa-apa peraturan, garis panduan dan perintah yang dibuat di bawahnya (secara kolektif dirujuk sebagai “Akta tersebut”) dan di bawah Notis ini.
Sila baca Notis ini dengan teliti sebelum menggunakan laman web kami atau menyerahkan Data Peribadi kepada kami melalui laman web kami.
MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
Data Peribadi anda yang mungkin kami kumpul termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
- maklumat yang dikumpul semasa anda mengisi atau mengemas kini maklumat anda dengan kami, yang mungkin termasuk data peribadi yang diberikan semasa mengisi borang pertanyaan dan borang-borang dalam talian lain yang serupa yang disediakan di dalam atau melalui laman web kami;
- maklumat yang dikumpul melalui penyertaan dan/atau maklum balas anda dalam forum, tinjauan, pertandingan dan/atau mana-mana platform interaktif termasuk tetapi tidak terhad kepada borang yang anda telah atau mungkin perlu untuk menyertai, mengisi dan menyerahkan kepada kami, atau apabila anda membalas komunikasi daripada laman web kami;
- maklumat yang dikumpul apabila anda mendaftar atau melanggani perkhidmatan atau tawaran atau surat berita atau meminta untuk ditambah ke dalam senarai mel kami untuk produk dan perkhidmatan kami;
- maklumat yang dikumpul semasa pendaftaran atau mendaftar akaun pengguna di laman web kami termasuk nama log masuk dan kata laluan atau semasa anda log masuk ke kawasan tertentu dalam laman web;
- maklumat yang dikumpul berhubung dengan kegemaran dan pembelian dalam talian dan penghantaran produk atau perkhidmatan kami (jika ada);
- maklumat yang dikumpul secara automatik melalui penggunaan laman web kami (contohnya apabila anda meminta halaman dari pelayan laman web kami, ia akan secara automatik mengumpul beberapa maklumat mengenai kegemaran anda, termasuk alamat IP anda). IOI menggunakan maklumat ini untuk mentadbir dan membantu mendiagnosis masalah dengan laman web dan pelayan kami dan untuk tujuan lain yang dinyatakan di sini;
- maklumat yang dikumpul melalui komunikasi anda dengan kami melalui pelbagai kaedah seperti e-mel, surat, panggilan telefon dan perbualan anda dengan kakitangan kami dan/atau ejen, prenjual, pembekal atau kontraktor yang diberi kuasa;
- maklumat dari sebarang mesej, komen atau pertanyaan yang anda serahkan kepada kami dalam apa jua cara;
- maklumat daripada senarai tetamu sedia ada, kad niaga, buku tamu dan/atau sebarang acara yang dianjurkan oleh kami dan/atau mana-mana syarikat di bawah IOI Group; dan/atau
- maklumat yang diperolehi daripada domain awam dan pihak ketiga seperti peguambela dan peguamcara dan pembiaya anda.
Data Peribadi yang diproses mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada Data Peribadi yang berkaitan dengan:
- identiti anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, tarikh lahir, jantina, kewarganegaraan, status perkahwinan, bangsa, agama, nombor dan warna kad pengenalan atau nombor pasport, jawatan dan tandatangan anda);
- butiran untuk menghubungi anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat surat-menyurat, kediaman dan pejabat anda, nombor telefon dan alamat e-mel anda);
- maklumat demografik anda seperti kod pos, kegemaran dan minat;
- butiran kewangan anda (termasuk pendapatan bulanan anda, penyata kewangan, status perniagaan dan maklumat daripada pembiaya anda);
- maklumat kad kredit, kad debit atau akaun bank anda;
- butir-butir peguambela dan peguamcara anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat surat-menyurat dan nombor telefon mereka); dan
- maklumat lain yang berkaitan dengan kaji selidik pelanggan, promosi dan/atau tawaran.
Senarai Data Peribadi yang dinyatakan di atas tidak lengkap dan mungkin termasuk data peribadi lain bergantung pada jenis urusan atau transaksi antara anda dan IOI.
Sebagai pengguna laman web ini, anda bersetuju untuk sebarang Data Peribadi yang dinyatakan di atas disimpan di dalam pangkalan data komputer dan pelayan kami di dalam dan di luar Malaysia.
TUJUAN PEMPROSESAN
Kami mengumpul dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan laman web ini dan untuk menjalankan transaksi yang diperlukan dan untuk aktiviti-aktiviti perniagaan, kebajikan dan sosial IOI Group, termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan-tujuan berikut (secara kolektif, “Tujuan”):
- untuk membolehkan anda diberikan produk, perkhidmatan, kemudahan atau faedah yang ditawarkan oleh IOI Group;
- untuk berkomunikasi dengan anda misalnya untuk menghantar notis penting, e-mel, surat, Perkhidmatan Pesanan Ringkas (“SMS”), mesej WhatsApp, perubahan kepada terma, syarat, dasar dan notis IOI dan komunikasi sedemikian yang lain;
- untuk berkomunikasi dengan anda termasuk untuk menjawab sebarang pertanyaan dan/atau permintaan anda;
- untuk membolehkan anda menerima pengumuman produk dan perkhidmatan terkini IOI Group, tawaran istimewa dan acara dan promosi akan datang termasuk maklumat produk, maklumat terkini produk dan maklumat lain yang berkaitan;
- menjalankan penyelidikan, tinjauan dan analisa trend mengenai pelbagai perkara seperti perancangan, produk, perkhidmatan, keselamatan dan ujian untuk pemasaran dan penyelidikan dan tujuan menaik mutu produk;
- untuk keperluan dalaman seperti pengauditan, analisis data untuk meningkatkan produk, perkhidmatan dan komunikasi dengan pelanggan IOI berdasarkan maklumbalas anda (jika berkaitan);
- untuk melaksanakan analisis statistik untuk pelbagai objektif dan berkongsi maklumat ini dalam IOI Group;
- untuk memproses permohonan anda untuk berurusan dengan mana-mana bahagian perniagaan IOI Group;
- untuk memproses sebarang urus niaga jualan atau pesanan pelanggan (jika ada);
- untuk penyimpanan rekod dalaman;
- untuk menyesuaikan laman web kami mengikut minat dan kegemaran anda;
- untuk tujuan dalaman untuk sokongan teknikal laman web ini dan untuk mengumpul statistik mengenai penggunaan laman web ini untuk meningkatkan laman web ini;
- untuk melaksanakan dan menyelenggara sistem teknologi maklumat kami, termasuk untuk menyimpan dan memproses data, dalam pangkalan data komputer dan pelayan yang terletak di dalam dan di luar Malaysia;
- untuk tujuan yang berkaitan dengan operasi, pentadbiran, pembangunan, sokongan, bantuan atau peningkatan mana-mana perniagaan IOI Group;
- untuk tujuan kewangan, termasuk perakaunan dan cukai;
- untuk kewajiban kontrak atau pengaturan perniagaan IOI Group dengan pihak ketiga;
- di mana dalam pendapat IOI Group penggunaan atau penzahiran Data Peribadi seperti itu perlu untuk melindungi kepentingannya dan untuk membalas sebarang tuntutan atau proses undang-undang;
- untuk perlindungan dan pencegahan daripada dan pengesanan jenayah sebenar atau berkemungkinan termasuk penipuan atau transaksi tidak sah atau aktiviti yang menyalahi undang-undang;
- untuk siasatan terhadap aduan, salah laku dan transaksi mencurigakan yang disyaki (termasuk tetapi tidak terhad kepada menjalankan ketelitian wajar (“due diligence”) dan/atau aktiviti-aktiviti pemeriksaan lain);
- untuk keselamatan dan akses di kalangan syarikat-syarikat dalam IOI Group;
- untuk mematuhi kehendak perundangan, statutori dan peraturan;
- untuk tujuan tadbir urus korporat, termasuk pengauditan, penyiasatan dalaman, pematuhan, pengurusan risiko, laporan konflik kepentingan dan proses keselamatan;
- untuk memindah Data Peribadi kepada mana-mana pihak yang terletak di bidang kuasa lain di luar Malaysia, jika perlu;
- jika pihak ketiga memperoleh atau ingin memperoleh atau membuat pertanyaan berhubung dengan pemerolehan kepentingan dalam mana-mana syarikat dalam IOI Group;
- di mana anda telah memberikan Data Peribadi untuk tujuan permohonan pekerjaan dalam talian, untuk memproses resume atau data kurikulum (“curriculum vitae”) anda dan untuk menentukan kesesuaian anda untuk suatu jawatan dalam IOI Group;
- untuk melindungi atau menguatkuasakan kepentingang kami termasuk tetapi tidak terhad kepada pemulihan apa-apa hutang yang kena dibayar dan terhutang kepada kami;
- untuk pengesahan dan penyemakan rujukan (“reference checks”) oleh pihak ketiga;
- untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan am; dan/atau
- untuk semua tujuan-tujuan lain berhubung atau bersampingan dengan perkara di atas.
Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada IOI Group, anda bersetuju dengan penggunaan Data Peribadi yang telah dikumpul oleh kami atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh kami mengikut cara yang dinyatakan dalam Notis ini untuk Tujuan yang dinyatakan di atas.
Data Peribadi anda diperlukan oleh kami. Kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah wajib bagi anda untuk memberikan segala Data Peribadi seperti yang diminta oleh kami. Jika anda tidak memberikan atau membenarkan kami untuk memproses semua Data Peribadi yang wajib seperti yang diminta, kami tidak akan dapat menyimpan maklumat lengkap mengenai anda, oleh itu menjejaskan keupayaan kami untuk mencapai Tujuan yang diterangkan dalam Notis ini. Oleh kerana maklumat sedemikian adalah penting untuk hubungan anda dengan IOI Group, anda dinasihatkan agar tidak memilih untuk tidak memberikan Data Peribadi seperti yang diminta oleh kami.
PENZAHIRAN DATA PERIBADI ANDA
Kami tidak akan menjual, mengedar atau menyewa Data Peribadi anda kepada pihak ketiga melainkan kami mendapat kebenaran anda atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
Jika perlu dalam melaksanakan Tujuan tersebut, IOI boleh menzahirkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (termasuk di dalam dan di luar Malaysia):
- mana-mana entiti dalam IOI Group termasuk syarikat induk, anak syarikat, syarikat berkaitan dan syarikkat bersekutu IOI Group dan sekutu dan pejabat perwakilan dan rakan usahasama yang mungkin terletak di Malaysia atau luar negara;
- mana-mana ejen yang diberi kuasa dan pembekal perkhidmatan kepada IOI Group dan mereka yang bekerjasama atau menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan tujuan untuk mana Data Peribadi dikumpul atau untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada ejen jualan dan pemasaran, perunding, perkhidmatan pemprosesan data dan penjual pihak ketiga, ejen, pembekal atau kontraktor dan/atau penasihat yang menyediakan sistem operasi dan pentadbiran, sistem komputer dan teknologi maklumat, sistem perakaunan dan pembayaran, sumber manusia dan sistem penggajian dan/atau perkhidmatan lain kepada mana-mana syarikat dalam IOI Group berhubung dengan operasi perniagaan mereka, dengan mana Data Peribadi boleh dikongsi untuk tujuan terhad untuk membolehkan pihak ketiga yang diberi kuasa untuk melaksanakan perkhidmatan tertentu bagi pihak mana-mana syarikat dalam IOI Group;
- mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang diberi kuasa yang menyediakan perkhidmatan seperti pemprosesan maklumat, pembayaran dalam talian, memperluaskan kredit, memenuhi pesanan pelanggan, menyampaikan produk kepada anda, menguruskan dan meningkatkan data pelanggan, menyediakan perkhidmatan pelanggan, menilai minat anda dalam produk dan perkhidmatan IOI dan menjalankan penyelidikan pelanggan, tinjauan kepuasan dan analisa data;
- rakan kongsi perniagaan atau syarikat bersekutu dan/atau pelanggan kami (jika berkaitan);
- pihak berkaitan lain seperti bank atau pembiaya dan penilai mereka, peguam, penasihat undang-undang dan juruaudit;
- pelabur sebenar atau prospektif kami, pemegang serah hak sebenar atau berpotensi, pemeroleh sebenar atau berpotensi atau penerima pindahan sebenar atau berpotensi bagi entiti perniagaan dalam IOI Group dan pengganti dalam tajuk sekiranya kami membuat keputusan untuk melupuskan sebahagian atau semua perniagaan kami melalui penjualan, penggabungan, pengambilalihan atau usahasama;
- mana-mana orang, yang berada di bawah tanggungjawab kerahsiaan yang telah memikul tanggungjawab untuk menyimpan data peribadi dan sulit sedemikian;
- Data Peribadi pemohon-pemohon pekerjaan boleh dikongsi dengan pihak ketiga misalnya. majikan semasa atau majikan terdahulu pemohon dan agensi rujukan kredit, untuk mengesahkan atau memperoleh maklumat tambahan mengenai pemohon kerja tersebut; dan
- pihak lain, yang anda telah bersetuju untuk penzahiran Data Peribadi anda kepadanya.
Di samping itu, kami juga boleh menzahirkan Data Peribadi anda (di dalam dan di luar Malaysia) dengan niat baik:
- untuk mematuhi keperluan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan, agensi penguatkuasaan undang-undang atau mana-mana pihak berkuasa lain termasuk pihak berkuasa kawal selia dan pihak berkuasa sekuriti yang mana IOI Group tertakluk di bawah atau mempunyai kewajipan pelaporan atau yang kami dikehendaki untuk memberikan Data Peribadi anda;
- untuk mematuhi mana-mana perintah oleh mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten;
- sebagaimana yang perlu atau relevan berhubung dengan apa-apa proses atau prosiding undang-undang;
- jika dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang atau jika pendedahan sedemikian adalah perlu untuk mematuhi undang-undang, peraturan, proses undang-undang atau pertanyaan daripada pihak berkuasa yang berkenaan; dan
- seperti yang diperlukan untuk menghalang atau mengesan atau menyiasat jenayah yang sebenar atau berpotensi atau transaksi mencurigakan atau pelanggaran sekuriti.
TEMPOH PENYIMPANAN
Sebarang Data Peribadi yang kami kumpul akan disimpan oleh IOI Group dan/atau mana-mana pihak yang mana Data Peribadi telah dizahirkan, selagi perlu untuk memenuhi pelbagai Tujuan yang digariskan dalam Notis ini selaras dengan dasar-dasar penyimpanan dalaman kami atau seperti yang diperlukan untuk memenuhi keperluan perundangan, pengawalseliaan, cukai dan/atau perakaunan atau untuk melindungi kepentingan IOI Group.
KESELAMATAN
Kami komited untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda selamat. Kami akan melindungi Data Peribadi anda mengikut mana-mana undang-undang Malaysia yang terpakai termasuk Akta tersebut. Untuk mengelakkan kehilangan, kecurian, penyalahgunaan, pengubahsuaian atau akses, pemindaan, penzahiran atau pemusnahan tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja, kami telah menyediakan prosedur fizikal, elektronik, teknikal dan pentadbiran yang sesuai dan langkah-langkah keselamatan teknologi dan organisasi untuk melindungi dan menjamin Data Peribadi yang kami kumpul secara dalam talian.
KETEPATAN DAN MENGEMASKINI DATA PERIBADI
Apabila anda memberikan Data Peribadi anda kepada IOI Group, anda mengaku bahawa semua maklumat yang diberikan adalah tepat, lengkap dan terkini. Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada Data Peribadi anda atau jika anda percaya bahawa Data Peribadi yang kami ada mengenai anda adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, sila hubungi kami, butir-butirnya adalah seperti yang dinyatakan di bawah, supaya kami boleh mengambil langkah-langkah untuk mengemas kini Data Peribadi anda.
Kami berhak menolak untuk memproses permintaan berulang-ulang yang tidak munasabah, memerlukan usaha teknikal yang tidak seimbang, menjejaskan privasi orang lain, sangat tidak praktikal, atau yang mana akses untuk membetulkan Data Peribadi tidak dikehendaki oleh undang-undang tempatan.
AKSES, PEMBETULAN, PERTANYAAN DAN ADUAN
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana kandungan Notis Perlindungan Data Peribadi ini, sila maklumkan kepada kami dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh Notis ini. Jika tidak, kami akan menganggap bahawa anda bersetuju dengan pengumpulan, pengrakaman, pemprosesan, pemegangan, penyimpanan, penggunaan dan penzahiran Data Peribadi anda.
Sekiranya anda ingin mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda berhubung dengan mana-mana Tujuan atau sebarang tujuan lain, anda boleh menyampaikan keinginan anda kepada kami dengan menghubungi kami, butir-butirnya adalah seperti di bawah.
Sila ambil perhatian bahawa sekiranya Data Peribadi yang mencukupi tidak dibekalkan atau didapati tidak memuaskan kepada IOI Group, ini mungkin:
- menjejaskan keupayaan kami untuk memproses apa-apa permohonan atau permintaan yang anda buat kepada kami; dan/atau
- menjejaskan keupayaan kami untuk menyediakan manfaat dan/atau perkhidmatan penuh yang dapat kami tawarkan kepada anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis ini atau anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau meminta akses untuk membuat pembetulan, pindaan atau kemas kini atau mengehadkan kami daripada memproses Data Peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda, anda boleh menghubungi kami melalui orang hubungan kami:
IOI Corporation Berhad 196901000607 (9027-W)
IOI City Tower 2, Lebuh IRC,
IOI Resort City,
62502 Putrajaya,
Malaysia.
E-mel: corp@ioigroup.com
No. Telefon: +603-8947 8888
No. Faks: +603-8943 2266
PINDAAN NOTIS INI
IOI berhak untuk mengemaskini, menyemak semula, meminda dan/atau mengubahsuai Notis Perlindungan Data Peribadi ini dari semasa ke semasa dan dengan apa-apa cara mengikut budi bicara mutlaknya tetapi mengikut undang-undang. Sebarang perubahan penting akan dipaparkan di laman web kami dengan Notis Perlindungan Data Peribadi yang dikemas kini.
Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia untuk Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.